Tarikh : 24 September 2017 Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban Peserta : 59 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mempromosikan aplikasi Dashboard kepada komuniti, memperkenalkan fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi tersebut seperti MySoal, MyShop, MyKomuniti serta mencuba sendiri alatan kesihatan MyHealth. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keahlian baru serta memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penggunaan internet dengan bijak dan berkesan
Aktiviti
Para peserta dan pengunjung yang hadir telah diberi pengenalan ringkas tentang Dashboard Komuniti melalui tayangan video dan slaid persembahan sebelum dibahagikan kepada dua kumpulan. Golongan belia dan dewasa telah didedahkan dengan fungsi-fungsi pada MySoal dan MyKomuniti, iaitu cara-cara untuk membuat aduan dan pengumuman. Manakala peserta selebihnya pula telah diminta untuk mencuba cara-cara untuk membuat pembelian barangan melalui MyShop. Program yang telah dihadiri seramai 59 orang pengunjung ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah. Para peserta terdiri daripada komuniti setempat Pekan Roban serta 20 orang pelajar SMK Kalaka Roban berserta seorang guru pengiring.