puakumbu

PUA KUMBU

Seperti kelaziman tempat-tempat lain di Sarawak, masyarakat tempatan di sekitar Pekan Roban khususnya dalam kalangan kaum Iban mengusahakan pembuatan kain pua kumbu secara kecil-kecilan. Pua kumbu merupakan kain yang ditenun mengikut corak etnik kaum Dayak dan digunakan untuk upacara-upacara penting. Namun demikian, pada masa kini pua kumbu juga turut dipasarkan secara komersial di kedai-kedai dan dijadikan sebagai cenderamata untuk para pelancong yang datang berkunjung ke Sarawak.

 

anyaman

PRODUK ANYAMAN

Penduduk tempatan juga mengusahakan pembuatan produk anyaman sebagai perniagaan. Produk-produk anyaman diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan sekitar contohnya seperti rotan, buluh, daun nipah dan mengkuang. Antara produk yang biasa dihasilkan melalui bahan-bahan ini adalah seperti bakul, serindak (terendak), tudung saji dan tikar.