KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan
Tarikh : 22, 27 dan 28 September 2024 Masa : 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang SOP pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Aktiviti.
1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 21 & 23 Julai 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1.Kemahiran Penjagaan Gigi Pelajar Sekolah Rendah
2. Kelas Penulisan dan Menghasilkan Resume di Aplikasi CANVA
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva
2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kemahiran penjagaan dan kesihatan diri pelajar sekolah rendah.
3. Kelas untuk pelajar sekolah rendah dengan bertujuan untuk memberitahu cara dan kemahiran dalam penjagaan gigi .
KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 15 & 16 Jun 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kelas Penulisan dan Menghasilkan Resume di Aplikasi CANVA.
2. Kemahiran Penjagaan dan Kesihatan Diri Pelajar Sekolah Rendah.
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva
2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kemahiran penjagaan dan kesihatan diri pelajar sekolah rendah.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD
& MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 06, 09, 17 dan 23 Julai 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Dewasa, Wanita & Warga Emas |
Tujuan
1. Pengenalan Antaramuka Microsoft Excel dan Latihan Kira Untung Rugi
2. Pengenalan Microsoft Word Kelas Bersama Tuai Rumah
3. Kursus ICT Microsoft Word Kategori Belia Siri-6 2024
4. Kursus ICT Microsoft Excel Kategori Belia Siri Ke-6 2024
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
4. Petugas juga memberikan latihan microsoft excel kepada peserta.
E-PEMBELAJARAN
Tutorial, Permainan Pendidikan & Kuiz
Tarikh : 06, 16 dan 18 Jun 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan dewasa |
Tujuan
1. Latihan dan Tutorial Menaip di Speed Typing Online.
2. Kuiz Matematik (Spider Math) di Digipuzzle.net.
3. School Word Search Puzzles di Digipuzzle.net.
4. Kuiz dan permainan pendidikan dapat merangsang minda berfikir pelajar dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti:
- 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban.
- 2. Kuiz dan permainan pendidikan dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas.
- 3. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>