KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 07 & 27 April 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NaDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah & Belia |
Tujuan
1. Mengajar peserta menyediakan resume dengan menggunakan CANVA dengan mudah dan menarik.
2. Kelas kemahiran komunikasi berkesan bertujuan untuk membekalkan pelajar sekolah dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi secara efektif dalam pelbagai situasi.
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva
2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, pelajar sekolah didedahkan tentang kepentingan komunikasi berkesan yang dapat membantu pelajar menjadi individu yang lebih berdaya, mampu berkomunikasi dengan jelas dan efektif dalam kehidupan mereka, baik di sekolah maupun di luar.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
Aplikasi Pembelajaran & Kuiz
Tarikh : 06 dan 21 April 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Latihan Menaip Di Kidztype.com "Typing Lessons & Typing Game".
2. Kuiz Matematik Pelajar Sekolah Rendah Tahun 1-5 dan Kuiz Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1-2 Di Quizizz.
3. Kuiz dapat merangsang minda berfikir pelajar dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti:
- 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban.
- 2. Kuiz dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas.
- 4. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
Tarikh : 06, 07 dan 21 April 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT & Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
2. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru
Tarikh : 19, 20 dan 26 April 2024 Masa : 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT & Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Program pengurusan pemasaran dan jualan atas talian adalah untuk meningkatkan keberkesanan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan melalui platform digital dan meningkatkan penjualan secara dalam talian.
Aktiviti
1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
2. Program Pengurusan Pemasaran dan Jualan Atas Talian:
- Pengenalan Kepada Perniagaan, Koperasi Dan Pengurusan Profit Margin.
- Bengkel Membina "Personal Branding".
- Bengkel "Tik Tok Marketing".
- Bengkel Dan Tutorial "Video Shooting, Editing & Creating Content".
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD
& MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 05, 26 dan 27 April 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Pelajar Sekolah Menengah dan Belia |
Tujuan
1. Menghasilkan Kad Ucapan Hari Raya Digital Di Microsoft PowerPoint.
2. Kursus Microsoft Word Kategori Belia Siri-3 2024.
3. Kursus Microsoft PowerPoint Kategori Belia Siri-3 2024.
4. Kursus Microsoft Excel Kategori Belia Siri-3 2024.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>