KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD
& MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 04, 06 dan 23 Mac 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Belia |
Tujuan
1. Membina Jadual Waktu Sekolah Di Microsoft Word.
2. Kursus Microsoft Word Kategori Belia Siri-2 2024.
3. Kursus Microsoft PowerPoint Kategori Belia Siri-2 2024.
4. Menghasilkan Surat Kiriman Rasmi Di Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 04 dan 23 Mac 2024 Masa : 1 jam untuk kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT dan Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
Kuiz, Permainan Pendidikan & Aplikasi Pembelajaran
Tarikh : 12, 21 dan 27 Februari 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NaDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
1. Latihan menaip di Speed Typing bertujuan untuk melatih peserta dalam penggunaan keyboard dan mengenal simbol, huruf, nombor dan sebagainya.
2. Kuiz perkakasan asas komputer di Kahoot dan permainan silang kata di Wordwall dapat merangsang minda berfikir pelajar dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti:
- 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NaDi Pekan Roban.
- 2. Peserta diajarkan tentang cara melayari laman web.
- 3. Latihan menaip dilaksanakan secara online iaitu di Speed Typing dengan bantuan daripada petugas. Peserta dapat mengenal fungsi papan kekunci dan sebagainya.
- 4. Kuiz diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 25 & 27 Februari 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NaDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah & Belia |
Tujuan
1. Mengajar peserta menyediakan resume dengan menggunakan CANVA dengan mudah dan menarik.
2. Kelas kemahiran pengurusan masa bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep pengurusan masa dengan membuat catatan matlamat harian dalam bentuk jadual.
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva
2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan pengurusan masa secara berkesan. Peserta diajar membuat catatan matlamat harian dalam benduk jadual. Pelajar diterangkan beberapa komponen penting dalam membuat jadual matlamat harian seperti tajuk, tujuan, tarikh dan sebagainya.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru
Tarikh : 13, 14, 27 dan 28 Februari 2024 Masa : 5 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti NaDi Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Memberikan pemahaman dan kemahiran praktikal dalam menggunakan teknik copywriting dengan menggunakan ChatGPT untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran dalam usaha keusahawanan.
3. Memperkenalkan peserta kepada platform design grafik CANVA dan mengajar peserta cara membuat poster menarik menggunakan CANVA.
Aktiviti
1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
2. Mini Program Keusahawanan (Copy Writing - ChatGPT):
- Latihan yang dijalankan secara bersemuka.
- Tenaga pengajar menerangkan konsep asas, elemen-elemen utama, teknik-teknik dan kemahiran copywriting yang menarik.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
3. Mini Program Keusahawanan (Poster - CANVA):
- Latihan yang dijalankan secara bersemuka.
- Memberi pengenalan kepada peserta tentang platform grafik CANVA dan mengajar mereka langkah-langkah untuk membuat poster yang menarik dan profesional.
- Peserta belajar tentang kelebihan CANVA, cara membuat akaun secara percuma, serta mengenali ciri-ciri utama seperti templat, teks, dan imej. Peserta diajar cara memilih templat poster yang sesuai, mengedit teks, menambah imej, dan menyesuaikan reka bentuk.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>