KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 27 Januari 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kelas kemahiran mendengar secara aktif bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep dan faedah-faedah mendengar secara aktif.
2. Aktiviti membina bangunan menggunakan handicraft sticks dan clay pula bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bekerja dalam satu pasukan dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan mendengar secara aktif. Peserta diterangkan beberapa komponen penting dalam kemahiran mendengar secara aktif.
2. Kelas kemahiran bekerja dalam satu pasukan juga diadakan secara bersemuka, pelajar membuat bangunan dengan menggunakan handicraft sticks dan clay. Peserta diminta membuat struktur bangunan yang paling kukuh. Peserta juga diminta untuk menerangkan struktur bangunan yang dibina.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>