Pantai Tanjung Kembang, Kabong

tgkembangPantai Tanjung Kembang, Kabong merupakan destinasi pelancongan yang paling hampir dengan Pekan Roban. Terletak kira-kira 30 kilometer daripada Pekan Roban, ia adalah tarikan popular dalam kalangan komuniti dari sekitar daerah Kabong dan Saratok untuk beriadah bersama keluarga serta untuk penganjurkan aktiviti-aktiviti luar bagi kelab dan persatuan.

Pesta Pantai yang merupakan acara tahunan daerah Kabong juga diadakan di Pantai Tanjung Kembang. Sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung saban tahun ke acara ini telah melayakkan ia untuk dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan peringkat Bahagian Betong. Kemudahan-kemudahan seperti chalet, gerai makanan dan tandas awam turut disediakan di sini untuk kegunaan para pengunjung.