signboard pim borderDaerah kecil Roban terletak di daerah Saratok, bahagian Betong yang merangkumi keluasan 373.14km persegi dengan jumlah penduduk seramai 6914 orang dan 1836 buah kediaman mengikut statistik penduduk tahun 2010. Hampir keseluruhan iaitu 80% kegiatan penduduk di daerah kecil Roban menjalankan kegiatan pertanian seperti bercucuk tanam, menanam padi sawah, menoreh getah, menanam lada, bekerja di ladang kelapa sawit, berladang dan juga menternak ikan air tawar. Manakala selebihnya pula bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Terletak sejauh 25 kilometer daripada bandar Saratok dan juga 85 kilometer daripada bandar Betong, daerah kecil Roban didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum dan agama.