KEMAHIRAN INSANIAH

Tarikh   : 25 & 27 Februari 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NaDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah & Belia

 

Tujuan

1. Mengajar peserta menyediakan resume dengan menggunakan CANVA dengan mudah dan menarik.

2. Kelas kemahiran pengurusan masa bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep pengurusan masa dengan membuat catatan  matlamat harian dalam bentuk jadual.

 

Aktiviti

1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva

2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan pengurusan masa secara berkesan. Peserta diajar membuat catatan matlamat harian dalam benduk jadual. Pelajar diterangkan beberapa komponen penting dalam membuat jadual matlamat harian seperti tajuk, tujuan, tarikh dan sebagainya.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>