KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru
Tarikh : 13, 14, 27 dan 28 Januari 2024 Masa : 5 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Mendedahkan para peserta tentang asas perniagaan.
2. Memberi latihan kepada para peserta untuk membuat pemasaran perniagaan menggunakan pelbagai tapak atas talian seperti Facebook dan Tiktok.
3. Mengajar para peserta cara membuat penjualan atas talian dengan menggunakan produk-produk mereka sendiri.
Aktiviti
1. Mengajar para peserta teori dan bengkel pengenalan kepada perniagaaan, perniagaan koperasi dan menetapkan matlamat peniagaan.
2. Menagajar para peserta teori dan bengkel pengiraan keuntungan kasar dan keuntungan bersih serta pengurusan profit margin.
3. Mengajar para peserta teori dan bengkel "Bina Social Profile Branding" seperti menghasilkan logo menggunakan CANVA dan "Setup Facebook" dan "Tiktok Official Page".
4. Mengajar para peserta teori Tik Tok marketing, mindmap content produk, menyusun content video secara asas.
5. Mengajar peserta teori bengkel dan tutorial video shooting, editing dan creating content.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
Tarikh : 12 dan 20 Januari 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Belia & Wanita |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
2. Membuat pendaftaran Akaun Pangkalan Data Utama (PADU) Secara Atas Talian yang melibatkan peserta dewasa.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT dan Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 02, 06 dan 09 Januari 2024 Masa : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam kempen di FB page Lokasi : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Komuniti Facebook |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT & MICROSOFT WORD)
Tarikh : 02, 06 dan 27 Januari 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menghasilkan Kad Ucapan Digital Menggunakan Microsoft PowerPoint.
2. Pengenalan Microsoft Word Dan Menaip Petikan Ringkas.
3. Menghasilkan Puzzel Menggunakan Microsoft PowerPoint.
4. Menghasilkan Surat Kiriman Rasmi Di Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 09 & 18 Disember 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kelas kemahiran pengurusan masa bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep pengurusan masa dengan membuat catatan matlamat harian dalam bentuk jadual.
2. Kelas kemahiran komunikasi dan memperkenalkan diri bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar sekolah rendah dalam berkomunikasi diantara ahli kumpulan dan sebagainya.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan pengurusan masa secara berkesan. Peserta diajar membuat catatan matlamat harian dalam benduk jadual. Pelajar diterangkan beberapa komponen penting dalam membuat jadual matlamat harian seperti tajuk, tujuan, tarikh dan sebagainya.
2. Kelas kemahiran komunikasi pula diadakan secara bersemuka, pelajar membuat latihan menaip biodata di Microsoft Word. Seterusnya, pelajar diminta memperkenalkan diri seorang demi seorang secara ringkas berdasarkan biodata yang dihasilkan oleh pelajar.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>