LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

 

Tarikh   : 12 dan 20 Januari 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah, Belia & Wanita

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

2. Membuat pendaftaran Akaun Pangkalan Data Utama (PADU) Secara Atas Talian yang melibatkan peserta dewasa.

3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT dan Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>