KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 09 & 18 Disember 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kelas kemahiran pengurusan masa bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep pengurusan masa dengan membuat catatan matlamat harian dalam bentuk jadual.
2. Kelas kemahiran komunikasi dan memperkenalkan diri bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar sekolah rendah dalam berkomunikasi diantara ahli kumpulan dan sebagainya.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan pengurusan masa secara berkesan. Peserta diajar membuat catatan matlamat harian dalam benduk jadual. Pelajar diterangkan beberapa komponen penting dalam membuat jadual matlamat harian seperti tajuk, tujuan, tarikh dan sebagainya.
2. Kelas kemahiran komunikasi pula diadakan secara bersemuka, pelajar membuat latihan menaip biodata di Microsoft Word. Seterusnya, pelajar diminta memperkenalkan diri seorang demi seorang secara ringkas berdasarkan biodata yang dihasilkan oleh pelajar.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>