KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

 

Tarikh   : 02, 06 dan 09 Januari 2024

Masa     : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam  kempen di FB page

Lokasi   : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah dan Komuniti Facebook

 

Tujuan

1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).

2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. 

3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Aktiviti

1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan     Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.

2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. 

3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>