KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 07, 10, 13 dan 17 November 2023 Masa : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam kempen di FB page Lokasi : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta : Wanita dan Komuniti Facebook |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN INSANIAH
(Penulisan Resume & Kelas Kemahiran Kerja Berpasukan)
Tarikh : 08 Oktober 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Kelas praktikal penulisan dan mereka bentuk resume bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan.
2. Kelas kemahiran kerja berpasukan bertujuan untuk memahami kepentingan bekerjasama dalam sesuatu organisasi.
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Aplikasi Canva.
2. Kelas kemahiran kerja berpasukan diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep kerja berpasukan dan proses membentuk pasukan. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa ciri kerja berpasukan antaranya seperti rangkaian hubungan yang erat dan berkesan. Peserta juga didedahkan dengan beberapa faedah dalam kerja berpasukan antaranya seperti memupuk semangat kekitaan dalam diri setiap individu.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(Menghasilkan Kad Perniagaan, Menghasilkan Buku Menu Jualan Makanan & Seminar Pemasaran Digital OHSEM)
Tarikh : 13, 20 dan 21 Oktober 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Mengajar peserta membuat kad perniagaan sendiri dan membuat buku menu jualan makanan dengan menggunakan Microsoft Word.
2. Melaksanakan seminar pemasaran secara online iaitu Seminar Pemasaran Digital OHSEM yang dianjurkan oleh Dattel Asia Group bersama PEDi.
Aktiviti
1. Kelas membuat kad perniagaan dan buku menu jualan makanan diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban.
2. Peserta diterangkan tentang kepentingan menghasilkan bahan multimedia yang lebih menarik terutamanya dalam bidang keusahawanan.
2. Seminar pemasaran digital dilaksanakan di PEDi Pekan Roban secara online, peserta dikehendaki hadir ke PEDi.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
(Kuiz, Permainan Pendidikan & Tutorial)
Tarikh : 01, 06 dan 11 Oktober 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Dewasa |
Tujuan
1. Kuiz Digital Competency Score (DCS) murid Tahun 6 yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah Ulu Roban, pelajar menggunakan PEDi sebagai lokasi untuk menjawab kuiz yang disediakan oleh KPM iaitu Digital Competency Score (DCS).
2. Mengajar peserta menaip dengan menggunakan Aplikasi Kidztype.com.
3. Tutorial dan mengajar peserta untuk mengisi borang permohonan bantuan secara online.
Aktiviti:
1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban.
2. Kuiz Digital Competency Score (DCS) murid Tahun 6 melibatkan 9 orang pelajar, pelajar menjawab kuiz dengan tunjuk ajar daripada guru dan petugas PEDi.
3. Peserta diajar cara untuk mencari laman sesawang RISDA untuk memohon bantuan petani, seterusnya peserta diajar cara-cara mengisi maklumat permohonan, memuat naik file sokongan dan sebagainya.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Asas IoT & Robotic)
Tarikh : 01 dan 20 Oktober 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Wanita |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).
2. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti "DIY Science Educational Toys Hydraulic Lift Table Model" dan "Engineering Vehicle".
3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
4. Menerangkan kepada peserta tentang "Internet Of Things" yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Memahami konsep dan cabaran dalam perkembangan "Internet Of Things" pada masa kini.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>