LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Robotic)
Tarikh : 02 dan 09 September 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).
2. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti Science Toy Interesting DIY Wood Electronic Floating Ball, DIY Mechanical Science Project Legoing Robot Physics Engineering Toy For Kids "Double Drive Wind Car" dan DIY Mechanical Science Project Legoing Robot Physics Engineering Toy For Kids "Simulated Wind Power Generation".
3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT OFFICE: MICROSOFT WORD)
Tarikh : 02 dan 17 September 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Pengenalan kepada perkakasan asas sistem komputer dan latihan menaip.
2. Pengenalan antaramuka Microsoft Word dan latihan menaip pantun Hari Malaysia.
3. Pengenalan Microsoft Word yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft Word, menyelia dokumen Microsoft Word, mengenal antaramuka Microsoft Word dan menyimpan fail.
4. Latihan menaip di Microsoft Word dengan membuat Mind Mapping Kitaran Hidup Manusia yang melibatkan aktiviti memuat naik gambar di Microsoft Word
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN INSANIAH
(Bengkel Penulisan Resume & Kelas Kemahiran Komunikasi)
Tarikh : 08 dan 20 Ogos 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Belia & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Bengkel penulisan resume bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan
2. Kelas komunikasi berkesan bertujuan untuk memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta memahami halangan dalam berkomunikasi.
Aktiviti
1. Bengkel penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva.
2. Kelas komunikasi diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep komunikasi, proses komunikasi dan elemen penting dalam komunikasi. Di samping itu, peserta juga diterangkan dengan beberapa halangan dalam berkomunikasi seperti pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan beberapa kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran tingkahlaku, kemahiran menimbul, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran mendengar.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 02, 06, 12, 17, 18 dan 22 September 2023 Masa : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam kempen di FB page Lokasi : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Wanita dan Komuniti Facebook |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(Kelas Jahitan Sulaman, Kelas Menghasilkan Resit & Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 2/2023 )
Tarikh : 10, 20 dan 22 Ogos 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Ruang Aktiviti, Bilik ICT PEDi Pekan Roban dan Online Peserta : Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Mengajar peserta jahitan sulaman pada pakaian tradisional kaum Iban di Sarawak yang melibatkan kemahiran menanda kain, menyulam benang, melapik kain dan memburai.
2. Mengajar peserta cara menghasilkan resit perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.
3. Memberi peneranagan kepada peserta tentang akses pembiayaan TEKUN Nasional yang menyediakan pelbagai jenis keperluan pembiayaan mensasarkan golongan usahawan Bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi pengembangan perniagaan.
Aktiviti
1. Kelas sulaman dilaksanakan di ruang aktiviti PEDi Pekan Roban, peserta diajar secara bersemuka oleh tenaga pengajar iaitu Puan Susan daripada Suzan Craft. Tenaga pengajar menerangkan kepada peserta tentang peralatan yang digunakan dalam membuat pakaian tradisional kaum Iban seperti Selampai yang terdiri daripada jenis kain, jenis benang, manik dan sebagainya. Peserta juga diajar kemahiran menanda kain, menyulam benang, melapik kain dan memburai. Kelas sulaman dilaksanakan pada jam 09.00 pagi sehingga 04.00 petang.
2. Kelas mencipta resit perniagaan dilaksanakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan tentang kepentingan resit dalam perniagaan untuk kegunaan sebagai rekod perbelanjaan, untuk mengesan perubahan harga dan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.
3. Webinar TEKUN dilaksanakan secara atas talian dan peserta online dirumah masing-masing. Peserta didedahkan tentang Skim Pembiayaan TEKUN yang terkini, jadual pembayaran balik, dokumen yang diperlukan dalam permohonan dan sebagainya.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>