E-PEMBELAJARAN
(Aplikasi Pembelajaran, Kuiz & Permainan Pendidikan)
Tarikh : 11, dan 19 Ogos 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Tadika Kemas dan Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Mewarna Jalur Gemilang secara online dengan menggunakan Aplikasi OnColoring.com yang dapat meningkatkan motor halus dan meransang fokus pelajar Tadika Kemas.
2. Permainan pendidikan yang melibatkan pelajar Tadika Kemas iaitu "Letter Tree ABC" di TVOKids.com yang dapat merangsang minda berfikir kanak-kanak dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
3. Kuiz kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-66 tahun di WordWall.net yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah di sekitar Pekan Roban.
Aktiviti:
1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban.
2. Peserta diajarkan tentang cara mewarna secara online dan bermain permainan secara online dengan bantuan guru Tadika Kemas di samping peserta dapat mengenal fungsi papan kekunci dan sebagainya.
3. Kuiz kemerdekaan diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, soalan kuiz adalah beserta dengan pilihan jawapan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>