E-PEMBELAJARAN

(Aplikasi Pembelajaran, Kuiz & Permainan Pendidikan)

 

Tarikh   : 11, dan 19 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Tadika Kemas dan Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Mewarna Jalur Gemilang secara online dengan menggunakan Aplikasi OnColoring.com yang dapat meningkatkan motor  halus dan meransang fokus pelajar Tadika Kemas.

2. Permainan pendidikan yang melibatkan pelajar Tadika Kemas iaitu "Letter Tree ABC" di TVOKids.com yang dapat merangsang minda berfikir kanak-kanak dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.

3. Kuiz kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-66 tahun di WordWall.net yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah di sekitar Pekan Roban.

 

Aktiviti:

1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. 

2. Peserta diajarkan tentang cara mewarna secara online  dan bermain permainan secara online dengan bantuan guru Tadika Kemas di samping peserta dapat mengenal fungsi papan kekunci dan sebagainya.

3. Kuiz kemerdekaan diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, soalan kuiz adalah beserta dengan pilihan jawapan.  

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

(Asas Iot & Robotic)

 

Tarikh   : 09, 18, dan 19 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta  : Belia dan Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).

2. Peserta didedahkan tentang Sistem IoT yang dapat dimanfaatkan untuk mengimplementasikan pertanian moden dan pintar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran output pertanian.

3. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti Reptile Robot Technological Invention Creative Electric Toy dan Electric Rope Climbing Robot Kids Assemble Science Toy .

4. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

 

Tarikh   : 04, 07, 16 dan 19 Ogos 2023

Masa     : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam  kempen di FB page

Lokasi   : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah dan Komuniti Facebook

 

Tujuan

1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).

2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. 

3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Aktiviti

1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan     Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.

2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. 

3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KELAS ICT

(MICROSOFT OFFICE: WORD, POWER POINT & EXCEL)

 

Tarikh   : 11, 20, dan 22 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Tadika Kemas dan Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

1. Pengenalan perkakasan asas komputer dan latihan menaip nama dan nombor bagi pelajar Tadika Kemas.

2. Pengenalan Microsoft Word yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft Word, mengenal antaramuka Microsoft Word, latihan menaip dan menyimpan fail bagi pelajar Sekolah Menengah.

3. Pengenalan Microsoft PowerPoint yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft PowerPoint, menyelia dokumen Microsoft PowerPoint, pengurusan persembahan Microsoft PowerPoint dan mengenal elemen design, grafik, audio dan video bagi pelajar Sekolah Menengah.

4. Pengenalan Microsoft Excel yang melibatkan kegunaan Aplikasi Microsoft Excel, pengenalan antaramuka Microsoft Excel dan latihan menggunakan Microsoft Excel bagi pelajar Sekolah Menengah.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. 

2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.

3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KEMAHIRAN INSANIAH

(Penulisan Resume & Business Etiquette and Personal Grooming )

Tarikh: 11  & 13 Julai 2023

Masa: 1 jam 1/2

Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta: Belia & Lepasan Sekolah

Tujuan

Memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan. Selain itu, mengajar cara merapikan diri dengan penampilan peribadi dan pentingnya  “personal grooming”. Mengajar kemahiran temuduga yang melibatkan persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Penerangan

Kelas dan latihan dijalankan secara atas talian (Online) iaitu di Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta diajar modul kemahiran insaniah mengikut keperluan kelas yang dijalankan.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>