LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Asas Iot & Robotic)
Tarikh: 12, 19 & 23 Julai 2023 Masa: 1 jam - 2 jam untuk kelas Lokasi: Bilik Latihan ICT/ Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta: Belia, Wanita, Petani, Usahawan dan Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT). Antara latihan yang dilaksanakan melibatkan peserta dewasa, petani, belia dan usahawan adalah Agro Teknologi-Smart Farming. Peserta didedahkan tentang Sistem IoT yang dapat dimanfaatkan untuk mengimplementasikan pertanian moden dan pintar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran output pertanian. Manakala peserta daripada pelajar sekolah pula didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti Robotic Hand Science Project dan Pengenalan Kepada Microbit. Tujuan aktiviti ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Penerangan
Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT dan Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi. Di samping itu, petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.