E-PEMBELAJARAN

(Tutorial & Permainan Pendidikan)

Tarikh: 14 & 19 Julai 2023

Masa: 1 jam - 2 jam

Lokasi: Bilik Latihan ICT & Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta: Pelajar Sekolah Rendah, Pelajar Sekolah Menengah & Lepasan Sekolah

Tujuan

Mengajar peserta cara mengisi bantuan Baitulmal untuk memohon bantuan melanjutkan pelajaran ke UPU bagi lepasan Sekolah secara online di Portal Baitulmal Kamek. Bagi peserta pelajar sekolah pula adalah melibatkan tutorial membuat Peacock Pop Up Card yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor pelajar sekolah rendah dan mengasah semangat bekerjasama dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Seterusnya, permainan pendidikan seperti Word Search juga dilaksanakan kepada peserta sekolah rendah. Permainan "Word Search" ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan  fokus untuk menyelesaikan masalah.

Penerangan

Peserta diajar cara mengisi maklumat didalam Portal Rasmi Baitulmal, membuat semakan lampiran yang diperlukan dalam permohonan dan belajar memuat naik lampiran yang diperlukan dalam permohonan. Manakala, tutorial membuat Peacock Pop Up Card pula peserta ditontonkan beberapa video dalam pembuatan Pop Up Card di YouTube sebagai rujukan.  Seterusnya,  permainan carian perkataan atau lebih dikenali dengan “Word Search” adalah permainan teka-teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid, yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu. Permainan ini sangat popular dan digemari terutama dalam kalangan kanak-kanak. Permainan ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit yang terdiri daripada pelajar sekolah. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

(Kursus Pengendalian Makanan, Kursus Sijil Halal & Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 1/2023 )

Tarikh: 01, 16 & 18 Julai 2023

Masa: 3 jam

Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta: Usahawan

Tujuan

Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengajar peserta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem. Memberi peneranagan kepada peserta tentang akses pembiayaan TEKUN Nasional yang menyediakan pelbagai jenis keperluan pembiayaan mensasarkan golongan usahawan Bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi pengembangan perniagaan.

Penerangan

Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line). Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan. Tenaga pengajar menerangkan definisi halal yang melibatkan sumber makanan halal, mengenal logo halal Malaysia, Sijil Pengensahan Halal Malaysia dan kelayakan permohonan sijil halal JAKIM. Webinar TEKUN dilaksanakan  secara atas talian. Peserta didedahkan tentang Skim Pembiayaan TEKUN yang terkini, jadual pembayaran balik, dokumen yang diperlukan dalam permohonan dan sebagainya.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

KELAS ICT

(MICROSOFT OFFICE: WORD, POWER POINT & EXCEL)

Tarikh: 15 & 16 Julai 2023

Masa: 1 jam - 2 jam untuk kelas

Lokasi: Bilik Latihan ICT

Peserta: Belia Pekan Roban

Tujuan

Menjalankan kursus Microsoft Office yang melibatkan golongan belia daripada Pekan Roban. Kursus yang dilaksanakan melibatkan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Kursus dijalankan selama dua hari berturut-turut. 

Penerangan

Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT dan ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

(Asas Iot & Robotic)

Tarikh: 12, 19 & 23 Julai 2023

Masa: 1 jam - 2 jam untuk kelas

Lokasi: Bilik Latihan ICT/ Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta: Belia, Wanita, Petani, Usahawan dan Pelajar Sekolah

Tujuan

Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT). Antara latihan yang dilaksanakan melibatkan peserta dewasa, petani, belia dan usahawan adalah Agro Teknologi-Smart Farming.  Peserta didedahkan tentang Sistem IoT yang dapat dimanfaatkan untuk mengimplementasikan pertanian moden dan pintar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran output pertanian. Manakala peserta daripada pelajar sekolah pula didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti Robotic Hand Science Project dan Pengenalan Kepada Microbit. Tujuan aktiviti ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

Penerangan

Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT dan Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi. Di samping itu, petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh: 01, 11, 15, 17, 18 & 19 Julai 2023

Masa: 1/2 jam untuk kelas dan kempen di FB page

Lokasi: Bilik Latihan ICT, Ruang Aktiviti dan Facebook Page PEDi Pekan Roban

Peserta: Pelajar Sekolah Rendah & Menengah, Golongan Belia dan Komuniti Facebook

Tujuan

Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak). Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

Penerangan

Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>