KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

(KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN, KURSUS SIJIL HALAL & SIJIL HOME-BASED FOOD)

Tarikh: 11 & 17 Jun 2023

Masa: 3 jam

Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta: Usahawan

 

Tujuan

Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengajar peserta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem. Memberikan pendedahan apa itu Persijilan Home-Based Food. Memberi pendedahan tentang keperluan umum dan tatacara untuk memohon sijil Home-Based Food. 

 

Penerangan

Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line). Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan. Tenaga pengajar menerangkan definisi halal yang melibatkan sumber makanan halal, mengenal logo halal Malaysia, Sijil Pengensahan Halal Malaysia dan kelayakan permohonan sijil halal JAKIM. Tenaga pengajar menerangkan apakah itu Persijilan Home-Based Food dan carta aliran permohonan persijilan. Akhir sekali, sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>