KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN, KURSUS SIJIL HALAL & SIJIL HOME-BASED FOOD)
Tarikh: 11 & 17 Jun 2023 Masa: 3 jam Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta: Usahawan |
Tujuan
Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengajar peserta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem. Memberikan pendedahan apa itu Persijilan Home-Based Food. Memberi pendedahan tentang keperluan umum dan tatacara untuk memohon sijil Home-Based Food.
Penerangan
Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line). Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan. Tenaga pengajar menerangkan definisi halal yang melibatkan sumber makanan halal, mengenal logo halal Malaysia, Sijil Pengensahan Halal Malaysia dan kelayakan permohonan sijil halal JAKIM. Tenaga pengajar menerangkan apakah itu Persijilan Home-Based Food dan carta aliran permohonan persijilan. Akhir sekali, sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
KEMAHIRAN INSANIAH
(PENGURUSAN ASAS KEWANGAN & SUMBER MANUSIA IKS, PENULISAN RESUME, GROOMING DAN KEMAHIRAN TEMUDUGA)
Tarikh: 13, 15, 20, 21 & 22 Jun 2023 Masa: 1 jam 1/2 Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta: Usahawan dan Belia |
Tujuan
Memberikan pendedahan kepada peserta tentang pengurusan kewangan perniagaan. Memberi pendedahan tentang asas pengurusan sumber manusia merangkumi pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan pengurusan gaji. Mengajar penyediaan resume yang betul dan berkesan. Mengajar cara merapikan diri dengan penampilan peribadi dan pentingnya “personal grooming”. Mengajar kemahiran temuduga yang melibatkan persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Penerangan
Kelas dan latihan dijalankan secara atas talian (Online) iaitu di Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta diajar modul kemahiran insaniah mengikut keperluan kelas yang dijalankan.
KELAS ICT
(MICROSOFT OFFICE & PC HARDWARE)
Tarikh: 07, 18, 19, 20 & 23 Jun 2023 Masa: 1 jam - 2 jam untuk kelas Lokasi: Bilik Latihan ICT Peserta: Pelajar Sekolah Rendah & Belia |
Tujuan
Menjalankan kursus Microsoft Office yang melibatkan golongan belia daripada Pekan Roban. Kursus yang dilaksanakan melibatkan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Kursus dijalankan selama dua hari berturut-turut. Manakala peserta daripada sekolah rendah pula melibatkan pengenalan perkakasan asas sistem komputer.
Penerangan
Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT dan ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga menggalakkan pelajar sekolah rendah untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para pelajar.
E-PEMBELAJARAN
(KUIZ & PERMAINAN PENDIDIKAN)
Tarikh: 18 & 25 Jun 2023 Masa: 1 jam - 2 jam Lokasi: Bilik Latihan ICT Peserta: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Melaksana kuiz pengenalan perkakasan asas sistem komputer dengan menggunakan aplikasi Kahoot. Di samping itu, peserta belajar asas menaip di Aplikasi Kidztype.com yang melibatkan "Touch Typing Infographics, Lessons & Games". Seterusnya, mencari perkataan tersembunyi dalam grid perkataan yang mengandungi perkakasan asas sistem komputer (Wordwall) untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang kepelbagaian perkakasan sistem komputer.
Penerangan
Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta diajarkan tentang perkakasan asas sistem komputer dengan menggunakan slide dan menggunakan bahan maujud. Manakala, latihan menaip dilaksanakan dengan menggunakan Aplikasi Kidztype.com untuk mengenal fungsi papan kekunci dan sebagainya. Peserta diajar mengikut modul ICT mengikut keperluan kelas yang dijalankan.
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh: 07, 18, 19, 20 & 23 Jun 2023 Masa: 1/2 jam untuk kelas dan kempen di FB page Lokasi: Bilik Latihan ICT, Ruang Aktiviti dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta: Pelajar Sekolah Rendah & Menengah, Golongan Belia dan Komuniti Facebook |
Tujuan
Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak). Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Penerangan
Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.