1. KELAS ADVOKASI & MENCIPTA VIDEO (CANVA)

Tarikh   : 20 Disember 2021

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Kelas Advokasi diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai penipuan di atas talian dan kelas mencipta video pula diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar cara-cara untuk mencipta video dengan menggunakan aplikasi Canva. 

Aktiviti

1. Menerangkan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk mencipta video dengan menggunakan template yang disediakan. 

2. Menerangkan kepada pelajar cara-cara untuk menaip dan memilih template yang sesuai untuk video. 

3. Meminta pelajar untuk mencipta video dengan kreativiti mereka sendiri. 

Klik untuk lihat gambar

2. KELAS MICROSOFT POWERPOINT 2010 (CARTA ORGANISASI)

Tarikh   : 2 November 2021

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Roban

Peserta  : Sekolah Menengah dan Lepasan SPM

Tujuan

Kelas Microsoft PowerPoint 2010 (Mencipta Carta Organisasi) diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai kegunaan Microsoft PowerPoint 2010 dalam mencipta carta organisasi tanpa menggunakan jadual. 

Aktiviti

1. Pengajar meminta pelajar untuk membuka Microsoft PowerPoint 2010 pada pc masing-masing. 

2. Pengajar meminta pelajar untuk menaip yang disebut oleh pengajar dan bersama-sama menulis jawatan-jawatan untuk carta organisasi sesebuah syarikat. 

3. Pengajar meminta pelajar untuk memilih "design" jadual yang ada pada pc masing-masing mengikut kreativiti mereka masing-masing. 

Klik untuk lihat gambar

2. KELAS ADVOKASI & ICT (QUIZIZ)

Tarikh   : 15 Oktober 2021

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Roban

Peserta  : Sekolah Menengah dan Lepasan SPM

Tujuan

Kelas Advokasi diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai keselamatan dalam melayari internet. Kelas Advokasi akan memberikan kesedaran kepada pelajar untuk tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Kelas Quiziz pula diadakan untuk mengajar pelajar untuk membuat kuiz dengan menggunakan aplikasi Quiziz. 

Aktiviti

1. Pelajar melihat video mengenai keselamatan internet melalui Youtube.

2. Pelajar diminta untuk log in Quiziz dan pengajar memberikan penerangan mengenai fungsi-fungsi tool di dalam aplikasi Quiziz.

3. Pengajar meminta pelajar untuk membina beberapa soalan kuiz dengan merujuk internet pada pc masing-masing. 

Klik untuk lihat gambar

1. KELAS MINDMAP ONLINE (MINDMEISTER)

Tarikh   : 1 November 2021

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Roban

Peserta  : Sekolah Menengah dan Lepasan SPM

Tujuan

Kelas Mindmap (MindMeister) diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai kegunaan laman web MindMeister dalam membuat peta minda yang lebih kreatif dan berkesan. Pelajar dapat membina peta minda mereka khususnya untuk subjek yang memerlukan mereka untuk ingat dengan lebih mudah mengenai sesuatu fakta seperti subjek Sejarah. 

Aktiviti

1. Pengajar meminta pelajar untuk login akaun Mentimeter mereka masing-masing. 

2. Pengajar memberikan penerangan mengenai fungsi-fungsi tool di dalam aplikasi MindMeister.

3. Pengajar meminta pelajar untuk membina peta minda pada pc masing-masing mengikut kreativiti mereka masing-masing. 

Klik untuk lihat gambar

1. KELAS ADVOKASI & ICT (MENTIMETER)

Tarikh   : 15 Oktober 2021

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Roban

Peserta  : Sekolah Menengah dan Lepasan SPM

Tujuan

Kelas Advokasi diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai keselamatan dalam melayari internet. Kelas Advokasi akan memberikan kesedaran kepada pelajar untuk tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Kelas Mentimeter pula diadakan untuk mengajar pelajar untuk membuat kuiz dengan menggunakan Mentimeter. 

Aktiviti

1. Pelajar melihat video mengenai keselamatan internet melalui Youtube.

2. Pelajar diminta untuk log in Mentimeter dan pengajar memberikan penerangan mengenai fungsi-fungsi tool di dalam aplikasi Mentimeter.

3. Pengajar meminta pelajar untuk membina beberapa soalan kuiz dengan merujuk internet pada pc masing-masing. 

Klik untuk lihat gambar