KELAS ICT
(PC HARDWARE & MICROSOFT WORD)
Tarikh : 01, 06 dan 13 Oktober 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Wanita & Warga Emas |
Tujuan
1. Pengenalan kepada perkakasan asas sistem komputer dan latihan menaip.
2. Pengenalan antaramuka Microsoft Word dan latihan mengguna papan kekunci.
3. Pengenalan Microsoft Word yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft Word, menyelia dokumen Microsoft Word, mengenal antaramuka Microsoft Word dan menyimpan fail.
4. Latihan menaip petikan ringkas di Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 01, 06, 09, 13 dan 20 Oktober 2023 Masa : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam kempen di FB page Lokasi : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Wanita dan Komuniti Facebook |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
(Aplikasi Pembelajaran, Kuiz & Permainan Pendidikan)
Tarikh : 02, 04 dan 09 September 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Permainan pendidikan yang melibatkan pelajar sekolah rendah iaitu "Mathematic Games" di Mathplayground.com yang dapat merangsang minda berfikir pelajar dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
2. Kuiz Digital Competency Score (DCS) murid Tahun 6 yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah Sungai Nyiar Roban, pelajar menggunakan PEDi sebagai lokasi untuk menjawab kuiz yang disediakan oleh KPM iaitu Digital Competency Score (DCS).
3. Mewarna Jalur Gemilang secara online dengan menggunakan Aplikasi OnColoring.com yang dapat meningkatkan motor halus dan meransang fokus pelajar Tadika.
Aktiviti:
1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban.
2. Peserta diajarkan tentang cara mewarna secara online dan bermain permainan pendidikan secara online dengan bantuan petugas di samping peserta dapat mengenal fungsi papan kekunci dan sebagainya.
3. Kuiz Digital Competency Score (DCS) murid Tahun 6 melibatkan 15 orang pelajar, pelajar menjawab kuiz dengan tunjuk ajar daripada guru dan petugas PEDi.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN INSANIAH
(Penulisan Resume & Kelas Kemahiran Komunikasi)
Tarikh : 05 dan 17 September 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Belia & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Kelas praktikal penulisan dan mereka bentuk resume bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan.
2. Kelas komunikasi berkesan bertujuan untuk peserta memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta memahami halangan dalam berkomunikasi.
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Microsoft Word.
2. Kelas komunikasi diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep komunikasi, proses komunikasi dan elemen penting dalam komunikasi. Di samping itu, peserta juga diterangkan dengan beberapa halangan dalam berkomunikasi seperti pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan beberapa kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran tingkahlaku, kemahiran menimbul, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran mendengar.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(Kelas CANVA, Menyediakan Surat Permohonan Bantuan Perniagaaan & Kelas Menghasilkan Resit)
Tarikh : 17 dan 22 September 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Pengenalan dan mengajar peserta mendaftar akaun Canva dan mengajar peserta mereka bentuk poster jualan makanan.
2. Mengajar peserta membuat dan menyediakan contoh surat kiriman rasmi bagi permohonan bantuan perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.
3. Mengajar peserta cara menghasilkan resit perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kelas canva diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, peserta diterangkan tentang kepentingan canva untuk menghasilkan bahan multimedia yang lebih menarik terutamanya dalam bidang keusahawanan.
2. Kelas menyediakan surat permohonan bantuan perniagaaan juga dilaksanakan di Bilit ICT PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan dengan format dalam penulisan surat kiriman rasmi.
3. Kelas mencipta resit perniagaan dilaksanakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan tentang kepentingan resit dalam perniagaan untuk kegunaan sebagai rekod perbelanjaan, untuk mengesan perubahan harga dan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>