KEMAHIRAN INSANIAH

(Penulisan Resume & Kelas Kemahiran Komunikasi)

 

Tarikh   : 05 dan 17 September 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Belia & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

1. Kelas praktikal penulisan dan mereka bentuk resume bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan.

2. Kelas komunikasi berkesan bertujuan untuk peserta memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta memahami halangan dalam berkomunikasi.

 

Aktiviti

1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga.  Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Microsoft Word.

2. Kelas komunikasi diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep komunikasi, proses komunikasi dan elemen penting dalam komunikasi. Di samping itu, peserta juga diterangkan dengan beberapa halangan dalam berkomunikasi seperti pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan beberapa kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran tingkahlaku, kemahiran menimbul, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran mendengar.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>