LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

 

Tarikh   : 12 dan 27 Februari 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NaDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

2. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT NaDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NaDi.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NaDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NaDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KELAS ICT

(PC HARDWARE, MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD

MICROSOFT EXCEL)

 

Tarikh   : 12, 18 21 dan 25 Februari 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT NaDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah dan Belia

 

Tujuan

1.   Pengenalan Kepada Perkakasan Asas Sistem Komputer.     

2.   Kursus Microsoft Word Kategori Belia Siri-1 2024.       

3.   Asas Menaip Dan Menghasilkan Biodata Di Microsoft Word. 

4.   Kursus Microsoft PowerPoint Kategori Belia Siri-1 2024.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NaDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NaDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. 

2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.

3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NaDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NaDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

KEMAHIRAN INSANIAH

 

Tarikh   : 27 Januari 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Kelas kemahiran mendengar secara aktif bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep dan faedah-faedah mendengar secara aktif.

2. Aktiviti membina bangunan menggunakan handicraft sticks dan clay pula bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bekerja dalam satu pasukan dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan mendengar secara aktif. Peserta diterangkan beberapa komponen penting dalam kemahiran mendengar secara aktif.

2. Kelas kemahiran bekerja dalam satu pasukan juga diadakan secara bersemuka, pelajar membuat bangunan dengan menggunakan handicraft sticks dan clay. Peserta diminta membuat struktur bangunan yang paling kukuh. Peserta juga diminta untuk menerangkan struktur bangunan yang dibina.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh   : 12, 18, 19, 21,  24 dan 27 Februari 2024

Masa     : 1 jam untuk kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT dan Ruang Aktiviti NaDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Wanita, Usahawan

 

Tujuan

1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).

2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. 

3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Aktiviti

1.  Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.

2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.

3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NaDi Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

E-PEMBELAJARAN

Permainan Pendidikan & Kuiz

 

Tarikh   : 02, 06 dan 20 Januari 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Melaksanakan kuiz kepada para peserta seperti Kuiz Matematik Tahun 1 - 2 di Quizizz dan Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4 - 6 di Quizizz.

2. Melaksakan aktivti yang melibatkan permainan pendidikan seperti "Color By Letter - Alphabet Game" dan "Body Parts Word Search" di abcya.com dan latihan menaip di Kidztype.com "Typing Lessons & Typing Game".

 

Aktiviti:

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT  PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas seperti kuiz dan permainan pendidikan.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>