E-PEMBELAJARAN
Permainan Pendidikan & Kuiz
Tarikh : 05 dan 19 Mei 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Cabaran Teka Silang Kata "Saya Sihat" di Wordwall.net.
2. Permainan Pendidikan Moral "Nilai-Nilai Universal" di GAMILAB.
3. Kuiz Bahasa Melayu (Peribahasa) di Wordwall.net .
4. Kuiz dan permainan pendidikan dapat merangsang minda berfikir pelajar dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti:
- 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban.
- 2. Kuiz dan permainan pendidikan dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas.
- 3. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Microsoft Word & Kemahiran Keusahawanan
Tarikh : 07, 17 dan 18 Mei 2024 Masa : 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta dalam menghasilkan poster jualan yang menarik dan efektif menggunakan perisian Microsoft Word. Ia bertujuan untuk membantu usahawan, pelajar dan individu yang berminat dalam perniagaan untuk meningkatkan kemahiran pemasaran visual, seterusnya meningkatkan potensi jualan dan pemasaran produk atau perkhidmatan.
2. Bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang penulisan surat yang efektif melalui teknik copywriting. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kemampuan peserta dalam menghasilkan surat-surat yang menarik dan jelas untuk pelbagai keperluan komunikasi formal, perniagaan dan peribadi.
3. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Aktiviti
1. Menghasilkan Poster Jualan di Microsoft Word:
- Latihan yang dijalankan secara bersemuka.
- Tenaga pengajar menerangkan kepentingan poster dan menerangkan elemen-elemen didalam Microsoft Word yang sesuai digunakan untuk membuat poster secara ringkas dan menarik.
- Mencari rujukan di internet poster-poster jualan yang menarik sebagai rujukan dalam praktikal menghasilkan poster jualan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
2. "Copy Writing" Pembuatan Surat – ChatGPT:
- Latihan yang dijalankan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban.
- Tenaga pengajar menerangkan beberapa topik seperti pengenalan kepada Copywriting dan ChatGPT, prinsip-prinsip penulisan surat yang efektif, penyampaian pesan yang jelas dan padat, mendaftar akaun ChatGPT dan praktikal penulisan surat menggunakan ChatGPT.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik kursus.
3. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD
& MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 05, 06 dan 07 Mei 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Belia |
Tujuan
1. Menghasilkan Slide Tabiat Ringkas Kehidupan Sihat di Microsoft PowerPoint.
2. Mind Mapping Kitaran Hidup Rama-Rama di Microsoft Word.
3. Kursus Microsoft Word Kategori Belia Siri-4 2024
4. Kursus Microsoft PowerPoint Kategori Belia Siri-4 2024.
5. Kursus Microsoft Excel Kategori Belia Siri-4 2024.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
Tarikh : 04, 05 dan 19 Mei 2024 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT & Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
2. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 04, 05, 06, 07, 17 dan 18 Mei 2024 Masa : 1/2 jam - 1 jam untuk kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Ibu Bapa dan Dewasa |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>