KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Microsoft Word & Kemahiran Keusahawanan

 

Tarikh   : 07, 17 dan 18 Mei 2024

Masa     : 3 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Belia, Wanita & Usahawan

 

Tujuan

1. Memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta dalam menghasilkan poster jualan yang menarik dan efektif menggunakan perisian Microsoft Word. Ia bertujuan untuk membantu usahawan, pelajar dan individu yang berminat dalam perniagaan untuk meningkatkan kemahiran pemasaran visual, seterusnya meningkatkan potensi jualan dan pemasaran produk atau perkhidmatan.

2.  Bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang penulisan surat yang efektif melalui teknik copywriting. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kemampuan peserta dalam menghasilkan surat-surat yang menarik dan jelas untuk pelbagai keperluan komunikasi formal, perniagaan dan peribadi.

3.  Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Aktiviti

1. Menghasilkan Poster Jualan di Microsoft Word:

- Latihan yang dijalankan secara bersemuka.

- Tenaga pengajar menerangkan kepentingan poster dan menerangkan elemen-elemen didalam Microsoft Word yang sesuai digunakan untuk membuat poster secara ringkas dan menarik.

- Mencari rujukan di internet poster-poster jualan yang menarik sebagai rujukan dalam praktikal menghasilkan poster jualan.

- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

 

2. "Copy Writing" Pembuatan Surat – ChatGPT:

- Latihan yang dijalankan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban.

- Tenaga pengajar menerangkan beberapa topik seperti pengenalan kepada Copywriting dan ChatGPT, prinsip-prinsip penulisan surat yang efektif, penyampaian pesan yang jelas dan padat, mendaftar akaun ChatGPT dan praktikal penulisan surat menggunakan ChatGPT.

- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik kursus.

 

3. Kursus Latihan Pengendali Makanan:

- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).

- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.

- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.

- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>