KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Kemahiran Keusahawanan

Tarikh   : 21 dan 29 Jun 2024

Masa     : 3 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Belia, Wanita & Usahawan

 

Tujuan

1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang SOP pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Memberi panduan dan arahan yang jelas kepada kontraktor mengenai keperluan pendaftaran kontraktor. Ia bertujuan memastikan semua pihak memahami tanggungjawab masing-masing, mengurangkan risiko kesilapan dan  sebagainya.

3. Memberikan pendedahan dan pengenalan lebih mendalam apa itu halal kepada peserta. Memberi pendedahan tentang keperluan umum dan khusus dalam membuat permohonan sijil halal. Mengajar peserta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem.

 

Aktiviti.

1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:

- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).

- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.

- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.

- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

 

2. Taklimat Kontraktor Berjaya

  • - Penerangan Taklimat: Penjelasan terperinci mengenai skop pendaftaran kontraktor yang melibatkan pendaftaran di CIDB (PPK & SPKK), Sarawak ID, UPKJ (Kerja Elektrikal & Mekanikal), MOF, UPKJ (Bekalan & Perkihdmatan).
  • - Peraturan dan Prosedur: Penerangan mengenai peraturan keselamatan, prosedur kerja, dan garis panduan lain yang perlu dipatuhi.
  • - Sesi Soal Jawab: Peluang untuk kontraktor mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut.
  • - Penutupan Taklimat: Rumusan taklimat dan sesi soal jawab antara peserta dan pengurus taklimat.

 

3. Kursus Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Halal

  • - Mengajar peserta untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang halal di Malaysia.
  • - Mengajar peserta untuk memahami tentang sumber-sumber makanan halal, cara-cara mengenali logo halal Malaysia, sijil pengesahan halal Malaysia yang diterajui oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan kelayakan-kelayakan permohonan sijil halal Malaysia.
  • - Mengajar peserta untuk memahami tatacara permohonan sijil halal di Malaysia yang merangkumi syarat-syarat pensijilan halal Malaysia seperti keperluan umum dan khusus pensijilan mengikut SKM.
  • -Mengajar peserta cara permohonan sijil halal JAKIM dengan melayari portal rasmi Halal Malaysia  melalui  pilihan sistem MYeHALAL yang melibatkan beberapa langkah, dokumen sokongan, pembayaran caj pensijilan, pengauditan premis dan status sijil halal.

 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

 

Tarikh   : 16, 18 dan 22 Jun 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT & Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

2. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

3. Menghasilkan 3D Model (Animal) di Digipuzzle.net.

4. Menghasilkan 3D Hologram Video Projector.

5. Pengenalan Kepada Tangram dan Permainan (Tangram - Shapes) di Digipuzzle.net.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh   : 05, 14, 15, 16, 18, 21 dan 22 Jun 2024

Masa     : 1/2 jam - 1 jam untuk kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Ibu Bapa dan Dewasa

 

Tujuan

1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).

2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. 

3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Aktiviti

1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.

2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.

3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

KELAS ICT

(MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD

MICROSOFT EXCEL)

Tarikh   : 05, 06, 14 dan 15 Jun 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Belia, Dewasa, Wanita & Warga Emas

 

Tujuan

1. Pengenalan Antara Muka Microsoft Word dan Kemahiran Papan Kekunci.

2. Latihan Menaip dan Menghasilkan Surat Kiriman Rasmi.

3. Kursus Microsoft Word Kategori Belia Siri-5 2024

4. Kursus Microsoft PowerPoint Kategori Belia Siri-5 2024.

5. Kursus Microsoft Excel Kategori Belia Siri-5 2024.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. 

2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.

3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

KEMAHIRAN INSANIAH

 

Tarikh   : 07 & 17 Mei 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Dewasa & Belia

 

Tujuan

1. Mengajar peserta menyediakan resume dengan menggunakan CANVA dengan mudah dan menarik.

2. Mengajar peserta kemahiran asas dalam menghantar email, fungsi email, mengenal antaramuka gmail dan sebagainya.

 

Aktiviti

1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva

2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan email dalam  komunikasi dan cara untuk menghantar email dengan cara yang paling mudah.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>