KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan
Tarikh : 21 dan 29 Jun 2024 Masa : 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang SOP pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Memberi panduan dan arahan yang jelas kepada kontraktor mengenai keperluan pendaftaran kontraktor. Ia bertujuan memastikan semua pihak memahami tanggungjawab masing-masing, mengurangkan risiko kesilapan dan sebagainya.
3. Memberikan pendedahan dan pengenalan lebih mendalam apa itu halal kepada peserta. Memberi pendedahan tentang keperluan umum dan khusus dalam membuat permohonan sijil halal. Mengajar peserta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem.
Aktiviti.
1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
2. Taklimat Kontraktor Berjaya
- - Penerangan Taklimat: Penjelasan terperinci mengenai skop pendaftaran kontraktor yang melibatkan pendaftaran di CIDB (PPK & SPKK), Sarawak ID, UPKJ (Kerja Elektrikal & Mekanikal), MOF, UPKJ (Bekalan & Perkihdmatan).
- - Peraturan dan Prosedur: Penerangan mengenai peraturan keselamatan, prosedur kerja, dan garis panduan lain yang perlu dipatuhi.
- - Sesi Soal Jawab: Peluang untuk kontraktor mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut.
- - Penutupan Taklimat: Rumusan taklimat dan sesi soal jawab antara peserta dan pengurus taklimat.
3. Kursus Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Halal
- - Mengajar peserta untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang halal di Malaysia.
- - Mengajar peserta untuk memahami tentang sumber-sumber makanan halal, cara-cara mengenali logo halal Malaysia, sijil pengesahan halal Malaysia yang diterajui oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan kelayakan-kelayakan permohonan sijil halal Malaysia.
- - Mengajar peserta untuk memahami tatacara permohonan sijil halal di Malaysia yang merangkumi syarat-syarat pensijilan halal Malaysia seperti keperluan umum dan khusus pensijilan mengikut SKM.
- -Mengajar peserta cara permohonan sijil halal JAKIM dengan melayari portal rasmi Halal Malaysia melalui pilihan sistem MYeHALAL yang melibatkan beberapa langkah, dokumen sokongan, pembayaran caj pensijilan, pengauditan premis dan status sijil halal.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>