E-PEMBELAJARAN
(Kuiz)
Tarikh : 05, 07 dan 18 Disember 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi (PKL) Murid Tahun 4 yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah Sungai Nyiar Roban, pelajar menggunakan PEDi sebagai lokasi untuk menjawab kuiz yang disediakan oleh KPM.
2. Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi (PKL) Murid Tahun 5 yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah Sungai Nyiar Roban, pelajar menggunakan PEDi sebagai lokasi untuk menjawab kuiz yang disediakan oleh KPM.
3. Kuiz padankan salinan perkakasan komputer di Wordwall dapat merangsang minda berfikir pelajar dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti:
1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban.
2. Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Nyiar menggunakan kemudahan PEDi sebagai tempat menjalankan peperiksaan dan kuiz yang melibatkan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL).
3. Peserta diajarkan tentang cara menjawab kuiz di Wordwall secara online dengan bantuan petugas di samping peserta dapat mengenal fungsi papan kekunci dan sebagainya.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri Ke-10, Mencipta Risalah Jualan & Menghasilkan Kod QR Media Sosial Untuk Promosi Jualan)
Tarikh : 16 dan 17 Disember 2023 Masa : 1 hingga 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Mengajar peserta mereka bentuk risalah jualan sendiri dengan menggunakan Microsoft Word.
3. Mengajar peserta menghasilkan kod QR media sosial di get-qr.com dan menerangkan kepada peserta kegunaan kod QR yang dapat digunakan sebagai medium pemasaran sesuatu produk jualan.
Aktiviti
1. Mengajar peserta untuk meningkatkan pengetahuan tentang kuasa perundangan berkaitan pengendali makanan.
2. Mengajar peserta untuk memahami tentang kepentingan kebersihan makanan yang melibatkan kesihatan diri, pakaian, amalan buruk pengendali makanan, penggunaan peralatan, kebersiahan persekitaran premis, kemudahan asas dan pembuangan sampah.
3. Mengajar peserta untuk memahami tentang kepentingan keselamatan makanan yang melibatkan pemilihan bahan mentah, jenis-jenis penyimpanan bahan mentah, zon bahaya penyimpanan, pengendalian bahan mentah yang betul, masa penyediaan makanan, penyimpanan makanan selepas masak, pembungkusan makanan, penghidangan makanan, dan pengangkutan makanan,
4. Mengajar peserta untuk memahami tentang faktor-faktor kritikal keracunan makanan yang melibatkan sentuhan pada makanan, pencemaran silang, masa memasak makanan, pencampuran makanan lama dengan yang baru, bahan mentah tercemar, penyimpanan bahan mentah, pengedali makanan berpenyakit, terdedah kepada makhluk perosak, peralatan penyediaan dan persekitran premis yang kotor.
5. Peserta diajarkan cara untuk membuat contoh risalah jualan makanan. Seterusnya, peserta diterangkan tentang feature asas dan setiap fungsi antaramuka Microsoft Word seperti WordArt, Shapes, Online Pictures dan sebagainya. Peserta juga diajar untuk mereka bentuk risalah jualan makanan yang mudah melibatkan pemilihan reka bentuk, edit text, edit color background, memuat naik gambar, menyimpan file dan sebagainya.
6. Mengajar peserta untuk meningkat kaedah pemasaran produk secara digital dengan lebih baik menggunakan kod QR. Mengajar peserta cara untuk memudahkan sesuatu urusan berkaitan pemasaran produk di media sosial dengan menggunakan kod QR dan mengajar peserta menghasilkan sendiri kod QR Facebook, Youtube, Tiktok dan sebagainya di aplikasi get-qr.com.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT & MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 09, 10 dan 17 Disember 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Wanita |
Tujuan
1. Pengenalan kepada antaramuka Microsoft Excel.
2. Praktikal menggunakan antaramuka perisian Microsoft Excel dan latihan memasukkan data.
3. Membuat animasi slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
4. Pengenalan antaramuka Microsoft PowerPoint dan membuat slide ringkas.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Robotic)
Tarikh : 09, 10 dan 18 Disember 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
2. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan robotic seperti STEM Game Dynamic System di engineering.com, pengenalan kepada Microbit dan membuat "Code a Flashing Heart" dan DIY Mechanical Science Project Legoing Robot Physics Engineering Toy For Kids "Traffic Light".
3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT dan Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 07, 09, 10, 12, 17 dan 18 Disember 2023 Masa : 1/2 jam untuk kelas dan 1 jam kempen di FB page Lokasi : Bilik Latihan ICT dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta : Wanita, Pelajar Sekolah Rendah dan Komuniti Facebook |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>