KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

(Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri Ke-10, Mencipta Risalah Jualan & Menghasilkan Kod QR Media Sosial Untuk Promosi Jualan)

 

Tarikh   : 16 dan 17 Disember 2023

Masa     : 1 hingga 3 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta  : Belia, Wanita & Usahawan

 

Tujuan

1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Mengajar peserta mereka bentuk risalah jualan sendiri dengan menggunakan Microsoft Word.

3. Mengajar peserta menghasilkan kod QR media sosial di get-qr.com dan menerangkan kepada peserta kegunaan kod QR yang dapat digunakan sebagai medium pemasaran sesuatu produk jualan.

 

Aktiviti

1. Mengajar peserta untuk meningkatkan pengetahuan tentang kuasa perundangan berkaitan pengendali makanan.

2. Mengajar peserta untuk memahami tentang kepentingan kebersihan makanan yang melibatkan kesihatan diri, pakaian, amalan buruk pengendali makanan, penggunaan peralatan, kebersiahan persekitaran premis, kemudahan asas dan pembuangan sampah.

3. Mengajar peserta untuk memahami tentang kepentingan keselamatan makanan yang melibatkan pemilihan bahan mentah, jenis-jenis penyimpanan bahan mentah, zon bahaya penyimpanan, pengendalian bahan mentah yang betul, masa penyediaan makanan, penyimpanan makanan selepas masak, pembungkusan makanan, penghidangan makanan, dan pengangkutan makanan,

4. Mengajar peserta untuk memahami tentang faktor-faktor kritikal keracunan makanan yang melibatkan sentuhan pada makanan, pencemaran silang, masa memasak makanan, pencampuran makanan lama dengan yang baru, bahan mentah tercemar, penyimpanan bahan mentah, pengedali makanan berpenyakit, terdedah kepada makhluk perosak, peralatan penyediaan dan persekitran premis yang kotor.

5. Peserta diajarkan cara untuk membuat contoh risalah jualan makanan. Seterusnya, peserta diterangkan tentang feature asas dan setiap fungsi antaramuka Microsoft Word seperti WordArt, Shapes, Online Pictures dan sebagainya. Peserta juga diajar untuk mereka bentuk risalah jualan makanan yang mudah melibatkan pemilihan reka bentuk, edit text, edit color background, memuat naik gambar, menyimpan file dan sebagainya.

6. Mengajar peserta untuk meningkat kaedah pemasaran produk secara digital dengan lebih baik menggunakan kod QR. Mengajar peserta cara untuk memudahkan sesuatu urusan berkaitan pemasaran produk di media sosial dengan menggunakan kod QR dan mengajar peserta menghasilkan sendiri kod QR Facebook, Youtube, Tiktok dan sebagainya di aplikasi get-qr.com.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>