KEMAHIRAN INSANIAH
Tarikh : 13 November 2023 (Pagi dan Petang) Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Kelas kemahiran pengurusan masa bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat memahami konsep pengurusan masa dengan membuat catatan matlamat harian dalam bentuk jadual.
2. Kelas tip dan cara memperkenalkan diri semasa temuduga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan persediaan setiap pelajar sekolah menengah atau peserta yang akan menghadapi pelbagai sesi temuduga yang mendatang.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan pengurusan masa secara berkesan. Peserta diajar membuat catatan matlamat harian dalam benduk jadual. Pelajar diterangkan beberapa komponen penting dalam membuat jadual matlamat harian seperti tajuk, tujuan, tarikh dan sebagainya.
2. Kelas tip dan cara memperkenalkan diri semasa temuduga pula diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan dengan beberapa perkara penting dalam memperkenalkan diri semasa temuduga seperti memperkenalkan diri secara ringkas, status semasa, pencapaian dan sebab memohon sesuatu jawatan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
(Kuiz, Permainan Pendidikan & Tutorial)
Tarikh : 06, 10 dan 19 November 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Dewasa |
Tujuan
1.Tutorial melayari laman web Sistem e-Profil Kerjaya Murid (SePKM) dan pengisian profile murid melibatkan pelajar Sekolah Rendah Ulu Roban.
2. Latihan Menaip Di Typing.Com "Typing Lessons & Typing Game" yang melibatkan peserta dewasa.
3. Kuiz Klik Dengan Bijak dan Kuiz Perkakasan Asas Sistem Komputer di (Kahoot) yang melibatkan peserta dewasa.
Aktiviti:
1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban.
2. Peserta dewasa menjalankan latihan menaip dan kuiz.
3. Pelajar diajar cara untuk mencari laman web SePKM dan membuat pengisian profile murid atas tunjuk ajar daripada guru.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Asas IoT & Robotic)
Tarikh : 04, 13 dan 19 November 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Wanita |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).
2. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan robotic seperti mencipta animasi interaktif di Scratch.mit.edu dan pengenalan kepada Microbit dan membuat "Microbit Name Tag".
3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
4. Menerangkan kepada peserta tentang "Internet Of Things" yang telah digunakan dalam pelbagai bidang seperti Internet Of Things (IoT) Dalam Konsep Teknologi "Smart Home".
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT dan Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.
2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri Ke-8 & Siri Ke-9 Dan Kira-kira Inventori Di Microsoft Excel)
Tarikh : 03, 09 dan 17 November 2023 Masa : 1 hingga 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Mengajar peserta memasukkan data ke Microsoft Excel.
3. Mengajar peserta mengira inventori dengan menggunakan formula di Microsoft Excel.
4. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan Microsoft Excel dalam penyimpanan rekod perniagaan.
Aktiviti
1. Mengajar peserta untuk meningkatkan pengetahuan tentang kuasa perundangan berkaitan pengendali makanan.
2. Mengajar peserta untuk memahami tentang kepentingan kebersihan makanan yang melibatkan kesihatan diri, pakaian, amalan buruk pengendali makanan, penggunaan peralatan, kebersiahan persekitaran premis, kemudahan asas dan pembuangan sampah.
3. Mengajar peserta untuk memahami tentang kepentingan keselamatan makanan yang melibatkan pemilihan bahan mentah, jenis-jenis penyimpanan bahan mentah, zon bahaya penyimpanan, pengendalian bahan mentah yang betul, masa penyediaan makanan, penyimpanan makanan selepas masak, pembungkusan makanan, penghidangan makanan, dan pengangkutan makanan,
4. Mengajar peserta untuk memahami tentang faktor-faktor kritikal keracunan makanan yang melibatkan sentuhan pada makanan, pencemaran silang, masa memasak makanan, pencampuran makanan lama dengan yang baru, bahan mentah tercemar, penyimpanan bahan mentah, pengedali makanan berpenyakit, terdedah kepada makhluk perosak, peralatan penyediaan dan persekitran premis yang kotor.
5. Mengajar peserta untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Excel dalam pernigaan.
6. Mengajar peserta membuat pengiraan inventori perniagaan dengan menggunakan formula-formula di Microsoft Excel.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(PC HARDWARE, MICROSOFT WORD, MICROSOFT POWERPOINT & MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 10, 13 dan 17 November 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah, Wanita & Warga Emas |
Tujuan
1. Pengenalan kepada perkakasan asas sistem komputer.
2. Latihan menaip dan muat turun imej di Microsoft Word.
3. Pengenalan Microsoft Excel dan latihan memasukkan data.
4. Membuat animasi slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>