KEMAHIRAN INSANIAH
(Penulisan Resume & Kelas Kemahiran Kerja Berpasukan)
Tarikh : 08 Oktober 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Kelas praktikal penulisan dan mereka bentuk resume bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan.
2. Kelas kemahiran kerja berpasukan bertujuan untuk memahami kepentingan bekerjasama dalam sesuatu organisasi.
Aktiviti
1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Aplikasi Canva.
2. Kelas kemahiran kerja berpasukan diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep kerja berpasukan dan proses membentuk pasukan. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa ciri kerja berpasukan antaranya seperti rangkaian hubungan yang erat dan berkesan. Peserta juga didedahkan dengan beberapa faedah dalam kerja berpasukan antaranya seperti memupuk semangat kekitaan dalam diri setiap individu.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>