E-PEMBELAJARAN

(Kuiz, Permainan Pendidikan & Tutorial)

 

Tarikh   : 01, 06 dan 11 Oktober 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah & Dewasa

 

Tujuan

1. Kuiz Digital Competency Score (DCS) murid Tahun 6 yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah Ulu Roban, pelajar menggunakan PEDi sebagai lokasi untuk menjawab kuiz yang disediakan oleh KPM iaitu Digital Competency Score (DCS).

2. Mengajar peserta menaip dengan menggunakan Aplikasi Kidztype.com. 

3. Tutorial dan mengajar peserta untuk mengisi borang permohonan bantuan secara online.

 

Aktiviti:

1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. 

2. Kuiz  Digital Competency Score (DCS) murid Tahun 6 melibatkan 9 orang pelajar, pelajar menjawab kuiz dengan tunjuk ajar daripada guru dan petugas PEDi.

3. Peserta diajar cara untuk mencari laman sesawang RISDA untuk memohon bantuan petani, seterusnya peserta diajar cara-cara mengisi maklumat permohonan, memuat naik file sokongan dan sebagainya.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>