KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh   : 05, 06, 07, 20 dan 26 April 2024

Masa     : 1 jam untuk kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT dan Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah, Pelajar Sekolah Menengah, Belia dan Dewasa

 

Tujuan

1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).

2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. 

3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Aktiviti

1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.

2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.

3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

KEMAHIRAN INSANIAH

Tarikh   : 06 & 23 Mac 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NaDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah & Belia

 

Tujuan

1. Mengajar peserta menyediakan resume dengan menggunakan CANVA dengan mudah dan menarik.

2. Kelas kemahiran penjagaan dan kesihatan diri pelajar sekolah rendah bertujuan supaya pelajar dapat memahami konsep pengurusan diri dengan melibatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan fizikal diri.

 

Aktiviti

1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva

2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri melibatkan penjagaan rambut, gigi, kuku dan sebagainya. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

 

Tarikh   : 22 dan 23 Mac 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Internet of Things dan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

2. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik ICT NADI Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

E-PEMBELAJARAN

Kuiz

Tarikh   : 23 dan 24 Mac 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

1. Latihan seperti Kuiz Bentuk Geometri Tiga Dimensi, Kuiz Matematik Operasi Tolak (3 Digit) dan Kuiz Bahasa Melayu Tahun 6 di Quizizz dan WordWall.

2. Kuiz dapat merangsang minda berfikir pelajar  dan dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.

Aktiviti:

  • 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Pekan Roban.
  • 2. Kuiz dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas. 
  • 4. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru 

Tarikh   : 02 dan 24 Mac 2024

Masa     : 3 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Pekan Roban

Peserta  : Belia, Wanita & Usahawan

 

Tujuan

1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.  Mengajar peserta cara menghasilkan resit perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:

Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).

Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.

- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.

- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

 

2. Kelas Menghasilkan Resit:

Kelas mencipta resit perniagaan dilaksanakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban.

- Peserta didedahkan tentang kepentingan resit dalam perniagaan untuk kegunaan sebagai rekod perbelanjaan, untuk mengesan perubahan harga dan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>