KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru
Tarikh : 02 dan 24 Mac 2024 Masa : 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Mengajar peserta cara menghasilkan resit perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
2. Kelas Menghasilkan Resit:
- Kelas mencipta resit perniagaan dilaksanakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban.
- Peserta didedahkan tentang kepentingan resit dalam perniagaan untuk kegunaan sebagai rekod perbelanjaan, untuk mengesan perubahan harga dan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>