KEMAHIRAN INSANIAH

Tarikh   : 06 & 23 Mac 2024

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NaDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah & Belia

 

Tujuan

1. Mengajar peserta menyediakan resume dengan menggunakan CANVA dengan mudah dan menarik.

2. Kelas kemahiran penjagaan dan kesihatan diri pelajar sekolah rendah bertujuan supaya pelajar dapat memahami konsep pengurusan diri dengan melibatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan fizikal diri.

 

Aktiviti

1. Kelas penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva

2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NaDi Pekan Roban, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri melibatkan penjagaan rambut, gigi, kuku dan sebagainya. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>