KELAS ICT

(MICROSOFT POWERPOINT & MICROSOFT EXCEL)

 

Tarikh   : 09, 10 dan 17 Disember 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah & Wanita

 

Tujuan

1. Pengenalan kepada antaramuka Microsoft Excel.

2. Praktikal menggunakan antaramuka perisian Microsoft Excel dan latihan memasukkan data.

3. Membuat animasi slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.

4. Pengenalan antaramuka Microsoft PowerPoint dan membuat slide ringkas.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. 

2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.

3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>