KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru
Tarikh : 19, 20 dan 26 April 2024 Masa : 3 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT & Ruang Aktiviti NADI Pekan Roban Peserta : Belia, Wanita & Usahawan |
Tujuan
1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Program pengurusan pemasaran dan jualan atas talian adalah untuk meningkatkan keberkesanan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan melalui platform digital dan meningkatkan penjualan secara dalam talian.
Aktiviti
1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:
- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).
- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.
- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.
- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.
2. Program Pengurusan Pemasaran dan Jualan Atas Talian:
- Pengenalan Kepada Perniagaan, Koperasi Dan Pengurusan Profit Margin.
- Bengkel Membina "Personal Branding".
- Bengkel "Tik Tok Marketing".
- Bengkel Dan Tutorial "Video Shooting, Editing & Creating Content".
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>