KEMAHIRAN INSANIAH

(Bengkel Penulisan Resume & Kelas Kemahiran Komunikasi)

 

Tarikh   : 08 dan 20 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Belia & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

1. Bengkel penulisan resume bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengajar peserta cara penyediaan resume yang betul dan berkesan

2. Kelas komunikasi berkesan bertujuan untuk memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta memahami halangan dalam berkomunikasi.

 

Aktiviti

1. Bengkel penulisan resume diadakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban, peserta didedahkan tentang kepentingan penulisan resume yang betul dan berkesan sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga. Di samping itu, peserta di dedahkan dengan beberapa aplikasi yang dapat digunakan dalam penulisan resume yang terkini seperti Canva, Resume Genius, Resume.Com, visualCV dan sebagainya. Peserta diajar membuat penulisan resume dangan menggunakan Canva.

2. Kelas komunikasi diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep komunikasi, proses komunikasi dan elemen penting dalam komunikasi. Di samping itu, peserta juga diterangkan dengan beberapa halangan dalam berkomunikasi seperti pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan beberapa kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran tingkahlaku, kemahiran menimbul, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran mendengar.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>