KELAS ICT
(MICROSOFT OFFICE: MICROSOFT WORD)
Tarikh : 02 dan 17 September 2023 Masa : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Pengenalan kepada perkakasan asas sistem komputer dan latihan menaip.
2. Pengenalan antaramuka Microsoft Word dan latihan menaip pantun Hari Malaysia.
3. Pengenalan Microsoft Word yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft Word, menyelia dokumen Microsoft Word, mengenal antaramuka Microsoft Word dan menyimpan fail.
4. Latihan menaip di Microsoft Word dengan membuat Mind Mapping Kitaran Hidup Manusia yang melibatkan aktiviti memuat naik gambar di Microsoft Word
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>