KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh: 02, 06, 07, 08, 15, 16, 20 & 21 Mei 2023 Masa: 1/2 jam untuk kelas dan kempen di FB page Lokasi: Bilik Latihan ICT, Ruang Aktiviti dan Facebook Page PEDi Pekan Roban Peserta: Pelajar Sekolah Rendah & Menengah, Golongan Belia, Golongan Dewasa dan Komuniti Facebook |
Tujuan
Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak). Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Penerangan
Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
KELAS ICT
(MICROSOFT OFFICE & MULTIMEDIA)
Tarikh: 08, 09, 16 dan 20 Mei 2023 Masa: 08.30 am – 01.00 pm & 02.00 pm – 05.00 pm Lokasi: Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban Peserta: Pelajar Sekolah Rendah, Pelajar Sekolah Menengah & Golongan Belia |
Tujuan
Menjalankan kursus Microsoft Office yang melibatkan golongan belia daripada Pekan Roban, Kampung Empelam dan Kampung Nyabor. Kursus yang dilaksanakan melibatkan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Kursus dijalankan selama dua hari berturut-turut. Manakala peserta daripada sekolah rendah dan menengah pula, belajar mencipta kad ucapan hari guru secara digital dengan menggunakan Aplikasi Canva. Peserta pada 20 Mei pula melaksanakan aktiviti mewarna semperna ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di PEDi Pekan Roban.
Penerangan
Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT dan ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga menggalakkan pelajar sekolah rendah untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para pelajar.
KELAS KEUSAHAWANAN
(KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SIRI KE-5 DAN KURSUS PENDEK PENGENALAN CANVA & MENCIPTA STICKER JUALAN)
Tarikh: 06 & 21 Mei 2023 Masa: 09.30 am - 01.00 pm Lokasi: Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta: Usahawan daripada Pekan Roban, Kpg Nyabor, Kpg Sessang & Saratok dan Pelajar Sekolah Menengah. |
Tujuan
-
- Kelas keusahawan ini adalah anjuran PEDi Pekan Roban bersama Training & Consultant NZ Bunga Venture. Puan Nur Nadiah Binti Shahrom merupakan tenaga pengajar bagi kursus pengendali makanan. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, bagi memastikan setiap pengendali makanan kepada orang awam terutama yang mempunyai kedai makanan untuk menghadiri kursus dan memiliki sijil pengendalian makanan. Manakala, kursus pendek pengenalan Aplikasi Canva dan merekabentuk sticker jualan pula adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan lebih mendalam apa itu Aplikasi Canva. Di samping itu, kursus pendek ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang feature asas Canva dan tahu setiap fungsinya.
Penerangan
Kursus ini dijalankan secara dalam talian (On-Line) di PEDi Pekan Roban. Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan. Di samping itu, peserta juga ditayangkan video berkaitan pengendali makan dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan. Manakala kursus pendek pengenalan Canva pula dijalankan secara bersemuka. Tenaga pengajar menerangkan apakah itu Aplikasi Canva. Seterusnya, tenaga pengajar menerangkan mengapa Canva lebih mudah digunakan. Tenaga pengajar juga mengajar peserta cara mendaftar akaun (sign up) dilaman web Aplikasi Canva dengan menggunakan email. Akhir sekali, peserta diajar untuk merekabentuk sticker jualan mudah.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>