KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

 

Tarikh: 04, 05, 06, 07, 08, 09, 13, 14, 18 dan 20 Mac 2023

Masa: 1/2 jam untuk kelas dan kempen di FB page

Lokasi: Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban dan Facebook Page PEDi Pekan Roban

Peserta: Pelajar Sekolah Rendah, Golongan Belia, Golongan Dewasa dan Komuniti Facebook

 

Tujuan

Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak). Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Penerangan

Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

 

KELAS ICT

(Microsoft Office, E-Pembelajaran & Multimedia)

 

Tarikh: 07, 08, 09 dan 14 Mac 2023

Masa: 08.30 am – 01.00 pm

Lokasi:  Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban 

Peserta:  Pelajar Sekolah Rendah & Golongan Belia

 

Tujuan

Menjalankan kursus Microsoft Office yang melibatkan golongan belia daripada Pekan Roban dan Kampung Empelam yang melibatkan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Kursus dijalankan selama dua hari berturut-turut. Manakala peserta daripada sekolah rendah pula, pengenalan kepada Microsoft PowerPoint yang melibatakn latihan mengenalpasti fungsi kekunci dan menyimpan fail. Peserta juga didedahkan dengan asas-asas Microsoft PowerPoint dengan menyediakan slide tentang diri saya. Seterusnya, peserta juga menjawab beberapa kuiz di TurtleDiary.com iaitu kuiz matematik serta ulang kaji pelajaran. Disamping itu, latihan menaip juga diilaksanakan iaitu latihan menaip di Kidztype.com yang melibatkan Touch Typing Infographics, Lessons & Games. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan Aplikasi Paint untuk mewarna secara digital.

 

Penerangan

Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga menggalakkan pelajar sekolah rendah untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para pelajar.

 

KELAS KEUSAHAWANAN

(KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SIRI KE-2)

 

Tarikh: 04 Mac 2023

Masa:  09.30 am - 12.30 pm

Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta: Usahawan Pekan Roban, Nyabor, Gerigat & Kabong

 

Tujuan

      1. Kelas keusahawan ini adalah anjuran PEDi Pekan Roban bersama Training & Consultant NZ Bunga Venture dan Puan Nur Nadiah Binti Shahrom merupakan tenaga pengajar. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, bagi memastikan setiap pengendali makanan kepada orang awam terutama yang mempunyai kedai makanan untuk menghadiri kursus dan memiliki sijil pengendalian makanan.

 

Penerangan

Kursus ini dijalankan secara dalam talian (On-Line) di PEDi Pekan Roban. Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan. Di samping itu, peserta juga ditayangkan video berkaitan pengendali makan  dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan. Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan juga dilaksanakan. Selain itu, peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan keusahawanan yang disediakan di PEDi. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus keusahawanan yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran seperti kemahiran penggunaan komputer, kemahiran keusahawanan, pemasaran dalam talian dan sebagainya.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>