E-PEMBELAJARAN
(Tutorial & Permainan Pendidikan)
Tarikh: 14 & 19 Julai 2023 Masa: 1 jam - 2 jam Lokasi: Bilik Latihan ICT & Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta: Pelajar Sekolah Rendah, Pelajar Sekolah Menengah & Lepasan Sekolah |
Tujuan
Mengajar peserta cara mengisi bantuan Baitulmal untuk memohon bantuan melanjutkan pelajaran ke UPU bagi lepasan Sekolah secara online di Portal Baitulmal Kamek. Bagi peserta pelajar sekolah pula adalah melibatkan tutorial membuat Peacock Pop Up Card yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor pelajar sekolah rendah dan mengasah semangat bekerjasama dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Seterusnya, permainan pendidikan seperti Word Search juga dilaksanakan kepada peserta sekolah rendah. Permainan "Word Search" ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah.
Penerangan
Peserta diajar cara mengisi maklumat didalam Portal Rasmi Baitulmal, membuat semakan lampiran yang diperlukan dalam permohonan dan belajar memuat naik lampiran yang diperlukan dalam permohonan. Manakala, tutorial membuat Peacock Pop Up Card pula peserta ditontonkan beberapa video dalam pembuatan Pop Up Card di YouTube sebagai rujukan. Seterusnya, permainan carian perkataan atau lebih dikenali dengan “Word Search” adalah permainan teka-teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid, yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu. Permainan ini sangat popular dan digemari terutama dalam kalangan kanak-kanak. Permainan ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit yang terdiri daripada pelajar sekolah.