KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
(Kursus Pengendalian Makanan, Kursus Sijil Halal & Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 1/2023 )
Tarikh: 01, 16 & 18 Julai 2023 Masa: 3 jam Lokasi: Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban Peserta: Usahawan |
Tujuan
Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengajar peserta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem. Memberi peneranagan kepada peserta tentang akses pembiayaan TEKUN Nasional yang menyediakan pelbagai jenis keperluan pembiayaan mensasarkan golongan usahawan Bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi pengembangan perniagaan.
Penerangan
Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line). Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan. Tenaga pengajar menerangkan definisi halal yang melibatkan sumber makanan halal, mengenal logo halal Malaysia, Sijil Pengensahan Halal Malaysia dan kelayakan permohonan sijil halal JAKIM. Webinar TEKUN dilaksanakan secara atas talian. Peserta didedahkan tentang Skim Pembiayaan TEKUN yang terkini, jadual pembayaran balik, dokumen yang diperlukan dalam permohonan dan sebagainya.