LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

(Asas Iot & Robotic)

 

Tarikh   : 09, 18, dan 19 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Ruang Aktiviti PEDi Pekan Roban

Peserta  : Belia dan Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).

2. Peserta didedahkan tentang Sistem IoT yang dapat dimanfaatkan untuk mengimplementasikan pertanian moden dan pintar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran output pertanian.

3. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti Reptile Robot Technological Invention Creative Electric Toy dan Electric Rope Climbing Robot Kids Assemble Science Toy .

4. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>