KELAS ICT

(MICROSOFT OFFICE: WORD, POWER POINT & EXCEL)

 

Tarikh   : 11, 20, dan 22 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Tadika Kemas dan Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

1. Pengenalan perkakasan asas komputer dan latihan menaip nama dan nombor bagi pelajar Tadika Kemas.

2. Pengenalan Microsoft Word yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft Word, mengenal antaramuka Microsoft Word, latihan menaip dan menyimpan fail bagi pelajar Sekolah Menengah.

3. Pengenalan Microsoft PowerPoint yang merangkumi kaedah memulakan Microsoft PowerPoint, menyelia dokumen Microsoft PowerPoint, pengurusan persembahan Microsoft PowerPoint dan mengenal elemen design, grafik, audio dan video bagi pelajar Sekolah Menengah.

4. Pengenalan Microsoft Excel yang melibatkan kegunaan Aplikasi Microsoft Excel, pengenalan antaramuka Microsoft Excel dan latihan menggunakan Microsoft Excel bagi pelajar Sekolah Menengah.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. 

2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.

3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>