KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

(Kelas Jahitan Sulaman, Kelas Menghasilkan Resit & Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 2/2023 )

 

Tarikh   : 10, 20 dan 22 Ogos 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Ruang Aktiviti, Bilik ICT PEDi Pekan Roban dan Online

Peserta  : Wanita & Usahawan

 

Tujuan

1. Mengajar peserta jahitan sulaman pada pakaian tradisional kaum Iban di Sarawak yang melibatkan kemahiran menanda kain, menyulam benang, melapik kain dan memburai.

2. Mengajar peserta cara menghasilkan resit perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.

3. Memberi peneranagan kepada peserta tentang akses pembiayaan TEKUN Nasional yang menyediakan pelbagai jenis keperluan pembiayaan mensasarkan golongan usahawan Bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi pengembangan perniagaan.

 

Aktiviti

1. Kelas sulaman dilaksanakan di ruang aktiviti PEDi Pekan Roban, peserta diajar secara bersemuka oleh tenaga pengajar iaitu Puan Susan daripada Suzan Craft. Tenaga pengajar menerangkan kepada peserta tentang peralatan yang digunakan dalam membuat pakaian tradisional kaum Iban seperti Selampai yang terdiri daripada jenis kain, jenis benang, manik dan sebagainya. Peserta juga diajar kemahiran menanda kain, menyulam benang, melapik kain dan memburai. Kelas sulaman dilaksanakan pada jam 09.00 pagi sehingga 04.00 petang.

2. Kelas mencipta resit perniagaan dilaksanakan secara bersemuka di Bilik ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan tentang kepentingan resit dalam perniagaan untuk kegunaan sebagai rekod perbelanjaan, untuk mengesan perubahan harga dan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.

3. Webinar TEKUN dilaksanakan  secara atas talian dan peserta online dirumah masing-masing. Peserta didedahkan tentang Skim Pembiayaan TEKUN yang terkini, jadual pembayaran balik, dokumen yang diperlukan dalam permohonan dan sebagainya.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>