LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

(Asas IoT & Robotic)

 

Tarikh   : 01 dan 20 Oktober 2023

Masa     : 1 hingga 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Ruang Aktiviti dan Bilik ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah & Wanita

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).

2. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti "DIY Science Educational Toys Hydraulic Lift Table Model" dan "Engineering Vehicle".

3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

4. Menerangkan kepada peserta tentang "Internet Of Things" yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Memahami konsep dan cabaran dalam perkembangan "Internet Of Things" pada masa kini.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang aktiviti PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di PEDi.

2. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>