KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Kemahiran Keusahawanan & Latihan Asas Media Baru 

 

Tarikh   : 13, 14, 27 dan 28 Februari 2024

Masa     : 5 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT dan Ruang Aktiviti NaDi Pekan Roban

Peserta  : Belia, Wanita & Usahawan

 

Tujuan

1. Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pengendali makanan tentang sop pengendalian makanan yang bersih dan selamat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.  Memberikan pemahaman dan kemahiran praktikal dalam menggunakan teknik copywriting dengan menggunakan ChatGPT untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran dalam usaha keusahawanan.

3.  Memperkenalkan peserta kepada platform design grafik CANVA dan mengajar peserta cara membuat poster menarik menggunakan CANVA.

 

Aktiviti

1. Kursus Latihan Pengendali Makanan:

- Latihan yang dijalankan secara dalam talian (On-Line).

- Tenaga pengajar menerangkan SOP pengendali makanan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia iaitu kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor risiko keracunan makanan.

- Tayangan video dan peserta diminta menjawab beberapa kuiz yang berkaitan dengan SOP pengendali makanan.

- Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

 

2. Mini Program Keusahawanan (Copy Writing - ChatGPT):

Latihan yang dijalankan secara bersemuka.

Tenaga pengajar menerangkan konsep asas, elemen-elemen utama, teknik-teknik dan kemahiran copywriting yang menarik.

Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

 

3. Mini Program Keusahawanan (Poster - CANVA):

Latihan yang dijalankan secara bersemuka.

Memberi pengenalan kepada peserta tentang platform grafik CANVA dan mengajar mereka langkah-langkah untuk membuat poster yang menarik dan profesional.

Peserta belajar tentang kelebihan CANVA, cara membuat akaun secara percuma, serta mengenali ciri-ciri utama seperti templat, teks, dan imej. Peserta diajar cara memilih templat poster yang sesuai, mengedit teks, menambah imej, dan menyesuaikan reka bentuk.

Sesi soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar berkaitan topik yang dibincangkan.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>